Saturday, December 17, 2016

Driver-partner #PROTips 3: Kekalkan adab yang baik!


Dengan setiap penilaian 5 bintang, anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kualiti servis yang cemerlang. Minggu ini, kami membawakan tips untuk memastikan setiap penumpang anda mendapat pengalaman perjalanan yang terbaik dengan kami:
  • Pandu dengan cermat dan kekalkan etika memandu yang baik
    Apabila penumpang memasuki kereta anda, biarlah mereka memilih tempat duduk mereka, sama ada di depan atau di belakang. Keselamatan adalah penting; anda perlu memandu seolah-olah anda sedang mengangkut barang yang berharga. 
  • Elak mengguna telefon pintar sewaktu memandu
    Gunakan kit bebas tangan jika anda perlu menjawab panggilan penting. Jika anda mendapat panggilan yang tidak penting, jawab panggilan itu setelah anda telah selesai perjalanan anda.
  • Bijak bernavigasi!
    Walaupun anda tahu arah perjalanan dengan baik, anda perlu sentiasa menggunakan aplikasi navigasi yang terdapat di dalam telefon pintar anda seperti Waze atau Google Maps, untuk membantu anda terutama sekali di jalan sesak. Tip ekstra: Gunakan fungsi ‘laluan paling cepat’ untuk sampai ke destinasi penumpang anda dengan segera.
  • Kekalkan sifat positif sewaktu melakukan perjalanan
    Elakkan daripada berbincang tentang agama, politik atau isu-isu sensitif yang lain. Kekalkan perbualan yang ringan dan neutral, dan usahlah mengeluh tentang penumpang yang lain sewaktu melakukan perjalanan. Jika terdapat perjalanan yang kurang memuaskan, anda boleh membuat aduan kepada kami dan kami akan menyiasat dengan lebih terperinci. 
  • Bersemangatlah untuk memandu apabila anda online
    Bersedia untuk memandu dan membawa penumpang anda ke destinasi mereka dengan segera. Kelewatan akan mencerminkan imej yang kurang memuaskan terhadap anda dan ia akan menjejaskan penilaian anda sebagai rakan-pemandu.
Jika anda telah mengikuti siri #PROTips kami, anda dalam perjalanan untuk menjadi rakan-pemandu bernilai 5 bintang! Nantikan #PROTips mingguan yang akan datang. Mahu membaca #PROTips minggu lepas? Klik pautan ini
Regards,
Team daftar uber partner driver malaysia @ daftarubermalaysia.blogspot.my.

No comments:

Post a Comment

Please write your comment below.