UBER
Uber adalah aplikasi perkhidmatan pengangkutan yang bergantung pada platform Android dan iOS. Segala tempahan dan transaksi dibuat secara atas talian dan pembayaran dilakukan tanpa menggunakan wang tunai. Uber menegaskan bahawa mereka menggunakan sistem perkhidmatan pengangkutan peribadi berbanding dengan sistem pengangkutan awam. Antara beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Uber termasuklah UberX, UberXL, dan Uber Black.
JENIS PERKHIDMATAN
UberX
UberX merupakan cara yang paling murah untuk ke sesuatu destinasi tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Kebiasaannya kereta kategori mempunyai empat tempat duduk seperti Toyota Vios, Proton Saga, atau MyVi.
UberXL
Kereta yang biasa digunakan dalam kategori UberXL adalah MPV yang mempunyai lima pintu atau tujuh tempat duduk seperti Nissan Grand Livina, Toyota Innova, dan Proton Exora.
Uber Black
Uber Black adalah perkhidmatan premium Uber yang merangkumi kereta MPV berkuasa tinggi dengan empat tempat duduk seperti CR-V, Honda Accord, Toyota Velfire, dan Toyota Camry.
Uber Black
Ia lebih mudah untuk menjadi seorang pemandu Uber berbanding pemandu teksi di mana ia memerlukan pemandu untuk mempunyai kereta sendiri dan modal untuk minyak kereta. Waktu bekerjanya tanpa mengira masa juga telah menarik ramai pemandu untuk menyertai Uber bekerja secara penuh masa atau separuh masa dan memberikan perkhidmatan mengikut cara mereka. Pemandu UberX akan dibayar tidak kurang daripada RM15 untuk satu perjalanan dan ia boleh mencapai sebanyak RM20 ketika waktu sibuk tanpa mengira wang perjalanan yang dibayar oleh pelanggan pemandu Uber. Ini secara tidak langsung bermakna Uber akan mengambil keuntungan sebanyak 20% bagi setiap perjalanan dan membayar pemandu Uber lebihan 80% sehingga jumlah keseluruhan mencukupi RM15 atau RM20. Pemandu yang bekerja separuh masa dan melakukan 10 perjalanan setiap petang boleh mendapat keuntungan sebanyak RM1,000 seminggu atau keuntungan bersih sebanyak RM4,000 sebulan.
Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Pemandu UBER
Pemandu Uber tidak memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mula bekerja. Walau bagaimanapun, Uber telah menetapkan beberapa syarat minimum untuk mereka menjadi pemandu UberX seperti;
- Umur 21 tahun dengan lesen memandu yang sah.
- Mempunyai kereta sendiri yang tidak berusia lebih daripada 10 tahun.
- Mempunyai telefon pintar dengan pelan Internet
- Sama ada kereta yang digunakan adalah milik sendiri atau keluarga, insurans kereta tersebut mestilah didaftarkan atas nama pemohon.
Uber juga akan melakukan pemeriksaan ke atas pemandu Uber yang telah berdaftar dan mereka mestilah bebas daripada apa-apa tuduhan jenayah, apa-apa rekod buruk pemanduan di atas jalan raya, dan apa-apa jenis saman.
Cara Pendaftaran Pemandu Uber
Sila kunjungi dan isikan form di LINK INI. Seterusnnya, kami akan bantu daftarkan anda dan setup akaun baru anda. Sebarang dokumen akan diminta kemudian dan sebaik upload, dalam masa 2 hari, akaun anda akan diaktifkan. Tanpa perlu pergi ke Partner Service Center, tetapi kami amat menggalakkan anda join briefing ringkas ataupun menonton training video UBER PARTNER di Youtube dan training slides yang diberikan.
Rakan Kongsi Aplikasi Uber
Rakan kongsi aplikasi Uber menggunakan aplikasi yang berlainan daripada Uber dan ia diberi nama “Uber Partner App”. Ia boleh dicari dan dimuat turun melalui Google Play atau App Store. Selesai muat turun, aplikasi tersebut hanya akan beroperasi setelah pengesahan kawasan pemandu Uber dilakukan. Aplikasi ini juga menjadi tempat permintaan pelanggan dan tempat pengiraan tambang perjalanan.
Pendapatan Uber
Bayaran pemandu Uber hanya akan dilakukan satu kali seminggu. Pemohon perlu memberi nombor akaun bank mereka kepada Uber setelah mereka mengunjungi Ibu Pejabat Uber di Petaling Jaya. Bayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pemohon pada masa yang telah ditetapkan. Paling penting, pendapatan UBER adalah tidak terhad, anda buat, anda dapat. Anda buat lebih, anda dapat lebih.
Sebarang pertanyaan, boleh kemukakan diruangan komen dibawah atau emailkan saja ke daftarubermalaysia@gmail.com.
Thanks.!
Regards,
Team daftar uber malaysia @ daftarubermalaysia.blogspot.my
Bolehkah nama pemnadu yg di insuranskan menggunakan satu akaun bank shj.
ReplyDeleteSalam sejahtera,sya ada menerima email dr pihak uber menyatakan begini,contoh (drive 7 hour(s) a week with uber to pay off your monthly installment)untuk alza...boleh kah tuan terang kan,krn sya berhajat membeli alza bagi melancarkan tugas,krn buat masa ini anak saya bergilir kereta dgn saya
ReplyDelete