Surge atau pusuan (aihh pelik benar bunyinya) adalah bilamana fare untuk setiap trip meningkat. Puncanya adalah kerana di kawasan surge itu berlaku, terdapat bilangan rider melebihi bilangan driver yang ada ketika itu. Dengan adanya surge ini, boleh menggalakkan lebih ramai pemandu untuk turun ke kawasan terlibat dan seterusnya berpotensi mendapatkan fare yang lebih baik faedahnya.
Surging juga menggalakkan riders berdekatan menunggu untuk beberapa minit atau menggunakan lain bentuk pengangkutan selain daripada Uber. Setelah permintaan untuk trip kembali ke paras normal, surge akan berakhir dan harga fare akan mengikut harga normal bagi UberX, XL, dan Black.
Untuk rider, apps anda akan memaparkan sekiranya ada surge ketika anda request trip, Ini dinyatakan dalam bentuk nombor bulat dan perpuluhan contohnya 1.2x, 2.2x, 4.8x dan sebagainya. Surge menggandakan fare perjalanan anda. Akan tetapi, fee pembatalan, tol dan bayaran perkhidmatan setiap perjalanan adalah TIDAK tertakluk kepada harga surging.
Sebagai contoh, katakan ketika surge 1,2x, nilai fare yang ber kos RM5 akan menjadi RM6 (RM5 x 1.2).
Untuk pemandu pula, surging ini adalah peluang keemasan untuk mendapatkan faedah yang lebih bagi setiap perjalanan. Jika pemandu boleh menggagak tempat, masa bila surge akan terjadi di sesuatu kawasan, dia boleh berada di kawasan tersebut in advanced dan berpeluang mendapatkan fare yang lebih baik. Bayangkan, jika anda mendapat trip KLIA ketika fare 2.5x.
Bagi UberX, ini bermakna RM75x2.5 = RM187.5 contohnya. Ini bukan mimpi, tetapi realiti dan menunjukkan apa yang possible sebab memang ada driver yang telah bernasib baik mendapat fare sebegini dan mungkin lebih..mana tahu mungkin rezeki anda murah untuk dapat fare macamni?
Contoh Surge di Klang Valley biasanya terjadi ketika (mengikut pengalaman saya)
1. Weekday - Pagi (orang nak pergi kerja), tengahari (tengah KL, orang office nak pergi lunch), lewat petang (orang nak balik)
2. Weekend - Sabtu (10-12pm)
3. Weekend - Ahad (area PJ 7-9am)
Dan masa2 lain yang tertentu.
Dah ready nak menjana pendapatan tambahan melalui Uberin? Klik link dibawah, dan isikan form ringkas untuk proses onboarding. Percuma dan mudah. :)
Regards,
Team daftar uber malaysia @ daftarubermalaysia.blogspot.my
No comments:
Post a Comment
Please write your comment below.