Friday, August 12, 2016

Kelebihan Menggunakan UBER


Untuk entri kali ni, saya nak senaraikan kelebihan menggunakan perkhidmatan Uber. Secara tradisional bila kita menggunakan khidmat teksi, antara isu berbangkit adalah:

1- Menunggu di luar dan ikut nasib. Kalau ada teksi lalu cepat la dapat bergerak, kalau tak sebaliknya la kan.

2- Tidak tahu anggaran tambang sebelum menaiki teksi. Ni antara perkara seram yang sering ditakuti penumpang. Terutama jika dalam bandar jarak dekat dan berlaku kesesakan.

3- Pemandu teksi tidak terikat dengan etika. Maknanya jika pemandu teksi buat salah, ia tidak memberi kesan kepada kelayakan untuk terus memandu.

4- Penumpang tidak tahu jarak terpendek untuk ke destanasi supaya dapat meminimumkan tambang

5- Perlu menyediakan tunai secukupnya atau duit kecil in case pemandu teksi tiada duit tukaran

6- Meter teksi boleh diubahsuai. Tapi dah 2016 masalah ni rasanya dah tak wujud kot.

7- Ada segelintir pemandu teksi enggan menggunakan meter dalam situasi tertentu

8- Pemandu teksi reject destinasi tujuan jika tidak menguntungkan seperti traffic jam

Berbeza dengan Uber yang menggunakan tagline "Everyone's Private Driver", kualiti perkhidmatan pemandu Uber lebih tinggi berbanding teksi bajet tetapi pada harga yang lebih rendah. Jom kita lihat satu persatu apa kelebihan menggunakan perkhidmatan Uber yang menjadikan ia pilihan semakin ramai orang.

1- Rider boleh request on demand. Maknanya bila anda dah siap siap bersolek, anda boleh terus request pemandu Uber sambil tonton Astro. Nanti Uber sampai depan rumah baru keluar. Bagus tak?

2- Bila anda buka aplikasi Uber, anda boleh lihat kedudukan terkini pemandu dan jumlah mereka. Bila request anda diterima, anda boleh lihat ia bergerak menghampiri anda. Anda tahu berapa lama lagi pemandu anda akan sampai (ETA) dan anda tahu jika dia sesat. hahaha
Anda boleh lihat secara live jumlah pemandu Uber yang terdapat berhampiran anda. Jika tiada, jangan risau. Request sahaja kerana sistem akan mengarahkan pemandu-pemandu supaya bergerak ke kawasan anda

3- Anda tahu tambang yang bakal dikenakan sebelum anda menggunakan khidmat tersebut. Boleh semak di link bawah untuk daerah di dalam Malaysia. Nak tahu bagaimana kadar tambang Uber dikira? Klik link dibawah untuk rate terkini.

Ni Contoh tambang dari Senai airport ke JB Sentral (29.7km)

Ni contoh tambang. Jusco Bukit Indah ke Taman Kobena akan melalui tol. So total RM12 tu termasuk tambang tol.
4- Pemandu Uber terikat dengan kod etika. Setiap kali selepas selesai menggunakan perkhidmatan Uber, rider wajib bagi rating kat perkhidmatan pemandu tersebut dari skala 1 hingga 5. Pemandu dengan rating rendah (bawah 4.2 setakat ini) akan hilang kelayakan mendapatkan insentif tunai. So semua pemandu Uber adalah pemandu yang sopan, smart dan baik sebab nakkan insentif tunai tu. Siapa taknak duit kan?. Setiap pemandu Uber digalakkan buka pintu untuk rider. Tapi ada juga rider yang nak cepat dan buka pintu sendiri bila kereta sampai.


Kelebihan Menjadi UBER Partner / Driver
5- Aplikasi Uber berintegrasi dengan peta Google maps atau waze. So anda boleh lihat sendiri jarak dan laluan yang disediakan. Tapi jika anda ada shortcut yang anda mahu pemandu anda gunakan, tak jadi masalah untuk anda tunjuk arah.

6- Sistem Uber menggunakan pembayaran elektronik. So anda tak perlukan tunai untuk menggunakan khidmat Uber. Tak perlu risau masalah tak cukup duit atau tiada tukaran wang kecil. (Terkini, Uber menyediakan pilihan pembayaran tunai untuk sesetengah bandar).

7- Anda boleh menikmati perjalanan percuma dengan berkongsi kod referral anda pada rakan rakan atau menggunakan kod kod promosi yang diberikan Uber melalui sms. Contohnya kod saya 6p75qt14ue. Selain itu, tambang Uber juga murah.

8- Pemandu Uber terikat dengan acceptance rate untuk menikmati insentif tambahan dari Uber. So menolak request dari rider adalah sesuatu yang cuba dielakkan pemandu.

9- Kereta Uber lebih cantik, bersih dan selesa. Dan usia kereta bawah tidak melebihi 8 tahun. Ada juga pemandu yang menggunakan kereta-kereta mewah dan menjadi driver UBER BLACK (fleet kereta mewah).

10- Alternatif selain teksi dan bas. Lagi banyak alternatif pengangkutan lagi bagus betul tak?

11- Kita akan menerima no HP pemandu tersebut, sangat berguna bila pemandu sesat tak jumpa kita contohnya bila kat bandar.

Daftar UBER Partner / Driver : KLIK SINI

Daftar UBER Client App / Rider: KLIK SINI


Regards,
Team daftar uber malaysia @ daftarubermalaysia.blogspot.my

2 comments:

  1. Saya brminat menjadi driver uber tpi sya tiada kenderaan
    Cmna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan boleh pakai kereta orang lain janji nama tuan ada dalam insurans cover note kereta itu :)

      Delete

Please write your comment below.